Selasa, 10 April 2018

Pegawai Perhubungan Pelanggan/Pesakit

Bagi tujuan memudahkan urusan pembelian @ rawatan anda boleh juga wasap Puan Karna 0148301619

Ahad, 28 November 2010

Herba Asli................penawar sejati

Bismillah Hi-Rahman Ni-Rahim.............................................                                                                (Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasihani) 
                                                                                                                                                      Asalamualaikum tuan. Apakhabar? Alhamdulillah, kerana kita telah ditemukan dengan satu kaedah rawatan ketagihan dadah yang sangat-sangat kita takuti selama ini. Kini sudah hilang rasa kegelisahan dihati ibubapa maupun masyarakat seluruh dunia. Kami berhasrat untuk membantu manusia sejagat dalam masalah najis dadah, sekaligus menyelamatkan berjuta-juta wang kerajaan dihabiskan untuk membekal metadhon atau dadah gantian kepada penagih tegar, juga menyediakan pusat-pusat pemulihan. Kami yakin bahawa hanya herba asli atau tumbuhan semulajadi sahaja yang mampu menghilangkan ketagihan dadah secara sukarela. Ini jelas, sebab dari apa yang telah kami berikan kepada beberapa orang penagih dadah sebelum ini , ianya berjaya membebaskan diri dari belenggu najis dadah.

Sebagai anggota masyarakat atau ahli keluarga terdekat adalah menjadi kewajiban kepada kita yang menemui cara atau penawar atau jalan penyelesaian atau jalan yang lebih selamat dan menjimatkan maka kita kena lebih prihatin untuk sama-sama membantu penagih kembali kedalam masyarakat, juga membantu kerajaan dalam usaha memerangi penyalah-gunaan dadah.

Mengisafi betapa bahayanya kesan dari penyalahgunaan dadah ini, maka saya disini bersungguh-sungguh untuk sama-sama membantu masalah tersebut. Rata-rata telah mengentahui bencana yang timbul berpunca dari keabaian kita terhadap penagih dadah tersebut. Kita sepatutnya tidak menyalahkan mereka sepenuhnya, mungkin pada mulanya mereka tidak mengentahui dengan jelas kesan dari amalannya, sehinggalah mereka hanyut tanpa haluan. Banyak juga kes yang berlaku secara tidak sedar, pengaruh kawan-kawan atau terjebak secara pukau, kesian mereka ini. Mereka ini perlu dibimbing dan dibantu sepenuhnya.

Bayangkan banyak kes-kes jenayah yang dilakukan oleh penagih, mereka terpaksa melakukan macam-macam sekadar mendapatkan sedikit dadah untuk menghilangkan gian semata-mata. Bayangkan juga ada anak yang sanggup membunuh ibubapa mereka kerana gagal mendapatkan wang bagi membeli dadah. Bagi mereka apa jua yang boleh menjadi duit mereka kebas dan jual, habis barang-barang dalam rumah dijual. Tidak cukup dirumah sendiri, kebas pula dirumah saudara-mara, adek beradik kemudian rumah jiran tetangga.

Ingatlah bahawa kita akan dipersoalkan diakhirat kerana melepaskan tanggung-jawab sebagai ibubapa, penjaga, ahli keluarga malah ahli masyarakat tanpa mengambil sedikitpun bahagian dalam usaha ini. Kita bertanggung-jawab menjaga maruah Bangsa dan Ugama. Mereka yang terjebak dengan penagihan dadah kebanyakannya dikalangan ahli keluarga dan masyarakat kita seagama dan sebangsa. Rasa malu dan segan kepada bangsa lain kerana kejatuhan moral anak bangsa kita perlu kita ambil perhatian.

Kos membeli dadah sepanjang hayat sesaorang penagih terlalu banyak kalau dibandingkan belanja yang dikeluarkan bagi tujuan menghentikan amalan penyalah-guaan dadah tersebat. Kita tidak perlu teraga-agak uantuk membantu mereka ini, sebelum timbul berbagai-bagai kes yang menakutkan. Selain dari kes jenayah, kes penghidap dan penyebar virus hiv/aids dikalangan mereka ini juga amat memalukan kelurga. Bukan setakat malu tapi beban tanggungan adalah terlalu berat, naum zubullah-himinzalik.

Penagih Tegar dan berulangkali masuk pusat serenti?

Kebanyakan Pusat Serenti atau Pusat Pemulihan Dadah mengatur program pemulihan berpaksikan Displin, Kaunseling, Agama dan Riadhah. Program pemulihan memang berjaya dan secara totalnya semua penagih berhenti jadi penagih. Sedangkan bila keluar dari sana mengapa masih ramai yang kembali kepada tabiat asal?  Beberapa sebab dikenalpasti puncanya, antaranya penerimaan keluarga, ahli masyarakat, majikan dan rakan sebaya memandang serong terhadap bekas penagih sedangkan mereka sudah berhenti dan bertaubat dahpun.

Saya ada juga ahli keluarga yang jadi penagih tegar, entah berapa kali masuk pusat serenti malah pernah dipenjara atas kesalahan yang berkaitan dengan penyalah-gunaan dadah. Akhirnya ia berjaya diselamatkan bila saya mula menjumpai formula penawar tersebut, alhamdulillah.

Apa kaitannya dengan penawar tersebut?

Bekas penagih yang baru keluar atau bebas dari pusat serenti tadi tiada ruang dalam masyarakat maka kawan-kawan seangkatanya dulu jualah yang menjadi teman atau tempat rujukan mereka. Maka akan bersambung semula apisod seterusnya sehingga episod terakhir.

Sebenarnya masih terdapat sisa dadah dalam darah setiap penagih yang menjalani proses pemulihan dipusat-pusat pemulihan, sebab itulah tidak hairan mengapa mereka senang terjebak semula dengan dadah. Sisa dadah tersebut akan membangkitkan nostalgia lama bila berdepan dengan peluang. Mereka senang tertarik tanpa rasa benci kepada dadah.

Berbeza bagi mereka yang bersih dari sisa dadah, mereka akan rasa benci dadah dan tidak beminat lagi untuk mengambil dadah. Darah mereka bersih, normal dan berfungsi secara semulajadi ditambah pula dengan zikrullah yang memenuhi ruang kosong dalam setiap sel anggota badan mereka.

Dadah adalah sesuatu yang kotor dan iblis sukakannya, selagi sisa dadah ada dalam darah sesaorang itu, selagi itulah iblis jadi penghuni pada setiap ruang badannya dan tidak hairanlah ia senang dipengaruhi. Saya penuh yakin bila tiada ruang untuk iblis menghuni badan sesaorang ditambah dengan ibadat dan taubat nasuha serta zikrullah, mereka jadi kebal dan dapat mengelak dari terjebak semula, insya-Allah.

Banyak kes bekas penagih yang mengadu kepada saya teruatama penagih pil kuda, walaupun telah 2 tahun berhenti jadi penagih namum rasa keinginan yang kuat masih lagi bermain dinalurinya. Mereka bernasib baik kerana mempunyai keimanan yang kuat ditambah dengan mengerjakan solat. Apa yang sangat menakutkan mereka adalah ketidakstabilan minda, rasa keluh-resah, tidak dapat menghafal sesuatu sterutama kepada pelajar, tidak dapat membuat keputusan yang rasional, cepat meradang dan macam-macam lagi. Badan pula jadi tidak bermaya, lemah dalam pergerakan dan kadang-kadang terasa sakit dan kadang-kadang pergerakan menjadi tidak stabil  Keadaan ini terjadi akibat dari kandungan darah yang tidak normal, masih terkandung sisa dadah dan bahan-bahan lain yang mengganggu kelancaran oksijan. Kalau dibiarkan keadaan ini berterusan boleh mengakibatkan berbagai-bagai penyakit kronik terutama barah. Mereka ini memerlukan penawar tersebut bagi mengenyah keluar semua baha-bahan yang tertinggal tadi. Bertindaklah seawal mungkin sebelum terlambat. Insya-Allah rahmat Allah sentiasa ada selagi hambaNya berharap padaNya. Jangan berputus-asa dengan rahmat Allah.

Bagaimana penawar yang kami tawarkan berfungsi?
 
Penawar ini berfungsi mencuci darah, organ serta urat-saraf dengan cara mengeluarkan semua bahan-bahan luaran atau asing yang tidak diperlukan oleh badan seperti lemak, kolestrol, toksid, dadah, bahan kimia, pengawet, pewarna dan perasa tiruan, sisa ubat-ubatan moden, glukosa atau garam yang berlebihan dalam badan manusia. Proses ini berlaku melalui sistem pencernaan dan perkumuhan. Najis akan membawa keluar bahan-bahan tadi dan badan manusia kembali menjadi normal atau semulajadi.

Secara lumrahnya badan kita amat memerlukan apa-apa sahaja yang pernah kita bekalkannya. Contohnya, kita biasa makan nasi, maka nasilah yang sangat-sangat diperlukan oleh badan kita. Begitu juga kalau kita makan gandum atau apa-apa jua yang kita pernah membawanya masuk kedalam tubuh badan kita. Nabi pernah bersabda yang bermaksud " SEGALA PENYAKIT BERPUNCA DARI PERUT" . Maksudnya apa yang kita makan. Begitu jualah dengan dadah. Sekarang ini proses kemasukan apajua bahan luaran kedalam badan kita melalui banyak cara, samaada melalui mulut, lubang hidung, kemaluan atau suntikan, semunya akan larut dalam darah.

Sebarang amalan dalam hidup kita, samaada baik atau sebaliknya sedikit sebanyak mewujudkan ketagihan untuk kita teruskan. Dadah, satu jenis bahan yang sangat-sangat memberi ketagihan kepada pengamalnya kerana najis tersebut amat memberi rangsangan kepada penagih. Tanpa dadah hidupnya tiada bermaya, maka mereka akan meneruskan ketagihan tersebut tanpa had.

Persoalannya, kenapa mereka yang tidak pernah mengambil dadah tidak rasa ketagih? Jawabannya kerana belum ada dadah dalam badan mereka. Jadi, untuk menghilangkan ketagihan dadah penawar ini sangat-sangatlah diperlukan. Pengambilannya mengikut dos yang telah ditetapkan boleh melenyapkan dadah, sisa-sisa dadah atau sebarang ubatan yang berasaskan dadah. Ingatlah, dadah tidak boleh jadi penawar kepada dadah. Hanya tumbuhan semulajadi yang kami temui dengan izin Allah S.W.T. sahajalah yang dapat menjadi penawar berkenaan.

Kenapa perlu penawar ini?

Penawar ini bertindak:

a) Mencuci dadah dalam darah
b) Menghilangkan ketagihan dadah
c) Menguatkan antibodi
d) Meningkatkan tenaga semulajadi tanpa bantuan dadah
e) Menghilangkan stres
f)  Melancarkan oksijan dalam darah
g) Membaiki sistem saraf-saraf halus
h) Melancarkan oksijan ke otak, sekaligus otak dapat berfungsi dengan baik
i) Mewujudkan rasa benci dadah, bilamana semua sistem badan berfungsi dengan sempurna.
j) Menangkis rangsangan dadah ( tiada ransangan langsung)
k) Alahan kepada semua jenis dadah

Bagaimana aturan mengamalkan penawar tersebut, tindak balas atau kesan-kesan sampingan?

Penawar ini mempunyai 3 jenis iaitu:  NDC-M untuk lelaki, NDC-F untuk perempuan dan NDC-A untuk antiseptik dan antibiotik. NDC-M atau NDC-F mestilah diambil bersama NDC-A mengikut dos yang ditentukan untuk satu tempuh mengikut keperluan penagih tersebut. Jumlah pengambilannya akan berkurangan, sehinggalah penagih tersebut betul-betul bebas dari cengkaman dadah. Kami akan membimbing pengamalnya dari mula sehingga ianya betul-betul MERDEKA. Insya-Allah. Sehingga kini sudah ramai yang telah berjaya.

Penawar ini bertindak menawarkan ransangan dadah. Ini telah dibuktikan oleh pengamalnya sebelum ini. Mereka mengambil penawar, dalam masa yang sama terus mengambil dadah. Katanya dadah tiada apa-apa rangsangan, malah membazir wang dan buang masa sahaja mengambil dadah. Justeru itu mereka terus berhenti mengambil dadah tersebut.

Pada minggu pertama pengamal penawar ini akan rasa tidak bermaya, kena banyak berehat. Kenapa begitu? Sebabnya dadah tak berfungsi mengaktifkan badan penagih yang mana hidupnya selama ini diransangkan oleh dadah. Tanpa dadah hidup tak bermaya, bukan begitu kan? kan? kan? . Ok, masuk mingguu kedua dan seterusnya badannya semakin kuat dan bertenaga. Kenapa? kerana penawar tersebut bertindak memberi tenaga dalaman sekaligus memberikan semangat baru kepada pengamalnya.

Apa cabarannya?

Biasanya laman ini akan dilawati oleh ahli keluarga terdekat penagih dan terlalu jarang sekali penagih dadah berhasrat mencari sendiri laman begini. Kenapa? Sebabnya mereka belum ada niat untuk berhenti menjadi penagih dadah, kalau adapun mereka masih leka berada dalam kongkongan dadah durjana. Kalau adalah sesaorang penagih secara sukarela mencari penawar untuk menghentikan ketagihan tersebut, alhamdulillah inilah peluangnya.

Kejayaan penawar ini bergantung penuh kepada kesanggupan sesaorang penagih itu untuk makan penawar ini sekaligus berhenti menjadi penagih. Adalah menjadi tanggung-jawab ahli keluarga memujuk penagih tersebut untuk mengambil penawar ini walaupun dalam masa yang sama ia masih mengambil dadah.

Saya banyak berdepan dengan penagih yang lemah jiwanya, mudah tewas dengan godaan iblis dan rakan-rakan. Memang besar cabaran untuk melakukan sesuatu yang baik yang amat disukai Allah swt terutama membawa hambanya kejalan Ugama yang Maha Suci ini. Penagih sangat-sangat memerlukan seorang sahabat yang betul-betul ikhlas dan berjiwa besar yang mempunyai hasrat yang murni dalam usaha menyelamatkannya dari lembah kehinaan dunia dan akhirat. Ingatlah ganjaran yang sangat besar menanti anda yang terus berusaha dan tidak pernah berputus asa dengan Rahmat Allah.

Banyak testimoni menunjukkan kejayaan yang besar telah dicapai. Pada keseluruhan kes menunjukkan ahli keluargalah yang memainkan peranan utama dalam program ini. Harus ada sesaorang yang menasihatinya untuk berhenti jadi penagih dadah. Kalau jawabnya nak berhenti jadi tapi tidak berdaya melawan ketagihan, inilah masanya yang sangat sesuai. Bersamalah kita membenteras penyalah-gunaan dadah dan mewujudkan satu bangsa bermaruah tanpa dadah. Amin.

Simpanlah rahsia anda atau rahsia ahli keluarga anda.

Bertindak sekarang sebelum lebih ramai mengentahui keadaan kita hari ini, sebelm rahsia kita terbongkar, sebelum hilang peluang dalam masyarakat, sebelum gejala-gejala lain timbul atau sebelum HIV/Aids atau maut mendatang. Kita masih belum terlambat untuk berubah dan membentulkan keadaan.

Senarai Penawar yang kami tawarkan:

NDC - M (lelaki sahaja)
Menguatkan Antibodi Melawan Virus Hiv-aids, Menghilangkan Ketagihan Dadah dan Stres

NDC - F (perempuan sahaja)
Sama diatas.

NDC - A
Antibiotik dan Antiseptik Semulajadi

Aturan Makan:

Penawar NDC - M atau NDC - F mestilah diambil bersama NDC - A. Masing-masing 2 biji 3x sehari sebelum atau selepas makan.

Setiap pelanggan disyaratkan mengambilnya dalam bentuk pakej iaitu sebanyak 12 botol bagi dua jenis penawar diatas. Ini berdasarkan dari pengalaman kami selama merawat ketagihan dadah tersebut. Penawar akan bertindak secara berperingkat iaitu:

Minggu Pertama:   Mencairkan darah.
Minggu Kedua:     Mencucikan darah.
Minggu Ketiga:     Mengeluarkan bahan-bahan luaran yang tidak diperlukan badan.
Minggu Keempat: Menstabilkan sistem badan
Minggu Berikut:    Mengulangi proses diatas, insya-Allah.

Harga Penawar:

Harga setiap botol penawar diatas mengandungi 30 biji kapsul masing-masing berharga RM 45.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM49.00 (Sabah & Sarawak).

Pelanggan diwajibkan mengambil penawar diatas mengikut fasa rawatan (pakej) yang kami telah tetapkan iaitu  selama 30 hari berturt-turut, sebanyak masing-masing 6 botol menjadikan jumlah semuanya 12 botol. Harga bagi satu pakej RM540.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM588.00 (Sabah & Sarawak).

Kos Penghantaran adalah Percuma

Dos pengambilan akan dikurangkan mengikut kemajuan kesihatan pengamal Penawar. Perkara tersebut akan ditentukan kemudian, insya-Allah kosnya akan berkurangan sedikit.

Bagaimana untuk mendapatkan penawar tersebut? Hubungi kami ditalian 013-9157619 (Tuan Mohd) atau datang sendiri ketempat kami, isya-Allah kami akan menjelaskan lagi kepada tuan-tuan tentang penawar tersebut. Berikhtiarlah sebelum terlambat. Amin.

"Ya Allah, berkatilah penawar yang kami usahakan ini, jadikan ia sebagai penawar yang mujarab bagi membantu kami keluar dari masalah ketagihan dadah ini. Kami mohon padaMu, tunjukkan jalan yang lurus dan selamatkanlah kami semua didunia dan akhirat. Hanya Engkaulah senaik-baik tempat berlindung dan minta pertolongan. Amin".

Yakinlah pelanggan saya akan tetap berada dalam setiap doa saya, sama-samalah kita berdoa dan jangan berputus asa dengan Rahmat Allah.

Merdekakan diri, keluarga dan sahabat dari belenggu dadah.

"MERDEKA TANPA DADAH"

Sekian. Terima Kasih. Wassallam...........................